Apabila sudah bekerja dan ada gaji, sudah menjadi lumrah semua manusia akan memenuhi keperluan asasnya terlebih dahulu iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jika ada lebihan kewangan maka mereka akan mula berusaha menabung untuk kecemasan. Jika seorang muslim mereka akan menabung dalam simpanan Tabung Haji.
Perancangan kewangan untuk perlindungan kesihatan dan kehilangan pendapatan tidak ada dalam kamus kehidupan kebanyakan orang Melayu. Malah jika ada kelebihan kewangan mereka lebih suka menyalurkannya untuk hiburan atau "makan besar" sebulan sekali. Sebab itulah walau macam mana pun keadaan fizikal rumah, Astro tetap dilanggan. Kadang kala ada dua piring Astro pada sebuah rumah kerana keghairahan memenuhi selera masing-masing. Selain itu makan di luar bersama keluarga kadang kala menjadi satu kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan.
Takdir Allah s.w.t. menyebabkan ada di antara kita yang jatuh sakit secara tiba-tiba seperti serangan jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Begitu juga bidang perniagaan atau pekerjaan yang menyebabkan kita tiba-tiba kehilangan pendapatan disebabkan masalah kegawatan ekonomi atau diberhentikan kerja. Ada juga yang meninggal dunia awal dengan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang masih kecil.
Situasi yang sedemikianlah akan membuktikan betapa perlindungan takaful akan membantu di waktu waris yang kita tinggal amat memerlukan kewangan atau menampung keperluan sewaktu kita sakit teruk.
1. Elokkah jika kita dimasukkan ke wad hospital kerana penyakit kritikal tetapi kita mempunyai elaun harian hospital sebanyak RM200 sehari?
2. Elokkah jika kita mendapat rawatan segera di hospital pakar dan tersedia untuk kita satu kad rawatan yang boleh digunakan Rm500 ribu seumur hidup?
3. Elokkah jika kita tidak perlu mengeluarkan simpanan kita untuk menampung bil rawatan hospital yang dicaj oleh doktor?
4. Elokkah jika kita meninggal dunia tetapi tidak lama selepas itu seorang agen takaful menghantar kepada isteri kita sekeping cek yang bernilai puluhan ribu ringgit untuk kegunaan isteri dan anak-anak kita meneruskan kehidupan tanpa meminta belas ihsan orang ramai dan adik-beradik yang lain?
SEMUANYA ADA DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ! Syarikat pertama yang mengluarkan Medical Card Takaful di Malaysia. Kita berusaha dan bertawakkal ! Slogan syarikat kami : The Face You Can Trust. Hubungi saya : 013 932 8138 - Mohd Asri.
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment